Sunday, 10 February 2019

7 Kesalahan Yang Suami Pernah Buat Hingga Isteri Sedih & Berjauh Hati


lead image

Kesalahan suami ini memang nampak remeh, tapi jika tidak dibendung, ia boleh menjadi kerosakan dalam rumah tangga!

Dalam tak sedar, 6 kesalahan suami terhadap istri ini sering anda terlepas pandang sekaligus merosakkan perkahwinan kalian dan kadang-kadang ia terjadi berulang kali!
Namun percayalah, jika kesalahan suami terhadap istri ini mula dikenali, sudah tentu ia membawa perubahan besar kepada pasangan yang sebenarnya boleh jadi lebih baik dari sebelumnya.
Walaupun 6 kesalahan ini nampak macam “kesalahan kecil” namun jika tidak dibendung dari awal ia boleh menyebabkan kepincangan dalam keluarga hingga merutuhkan hubungan yang dibina!
Oleh itu, usaha dan perbetulkan semula kesalahan anda itu supaya dapat menyelamatkan perkahwinan kalian untuk masa yang mendatang.
Kata ahli psikologi Gloria Vanderhorst, perasaan negatif yang tidak ditangani boleh membawa kepada masalah fizikal dan psikologi kerana tekanan berkembang dalam setiap hubungan atas pelbagai sebab yang berbeza.
Ketika pasangan cuba untuk berbaik tekanan ini mencetuskan kebimbangan dan kemurungan. Berikut adalah beberapa kesilapan suami terhadap istri yang selalu anda buat tanpa disedari.

6 Kesalahan Suami Terhadap Istri 

Kesalahan suami terhadap isteri #1. Tidak menunjukkan empati 

kesalahan suami terhadap istri, kesalahan suami, kesalahan lelaki, kesalahan lelaki terhadap wanita, kesilapan suami terhadap isteri, kesilapan suami terhadap istri, silap suami, salah suami, salah suami pada isteri
Menurut ahli psikologi, Albert Maslow perasaan empati merupakan keupayaan untuk mengenali dan berkongsi perasaan dengan orang lain. Ia adalah bahagian paling penting dalam hubungan suami isteri.
Lelaki perlu tahu wanita mahu perasaan mereka difahami dan berkongsi rasa yang sama kerana jika tidak diendahkan, wanita mudah kecewa dan bersedih.

Kesalahan suami terhadap isteri #2. Suka berbelanja secara melulu

Lelaki suka sangat membuat perbelanjaan besar contohnya seperti membeli kereta tanpa terlebih dahulu berunding dengan isteri, kerana bagi suami dia berhak membuat sebarang keputusan untuk dirinya tanpa perlu bertanyakan pada isteri.
Padahal, dalam institusi kekeluargaan kesepakatan adalah sangat penting.

Kesalahan suami terhadap isteri #3. Pentingkan diri dari sudut seksual

kesalahan suami terhadap istri, kesalahan suami, kesalahan lelaki, kesalahan lelaki terhadap wanita, kesilapan suami terhadap isteri, kesilapan suami terhadap istri, silap suami, salah suami, salah suami pada isteri
Dalam bilik tidur, sesetengah lelaki lupa atau tidak tahu yang isteri mereka perlukan belaian lebih banyak daripada yang mereka lakukan.
Kata Maslow, ia merupakan asas untuk isteri terangsang, tetapi suami sering kali tidak menyedari ini. Sebab wanita memang suka keadaan yang lebih terangsang sebelum melakukan hubungan seks yang lebih intim.

Kesalahan suami terhadap isteri #4. Mendengar dengan cara yang salah

Suami kena faham, apabila isteri memberitahu ada sesuatu yang mengganggunya, sebenarnya dia inginkan buah fikiran daripada anda.
Bukannya sekadar mendengar dan hanya melepaskan keputusan kepada dirinya seorang.
Tetapi anda perlu fahami dan menunjukkan minat dengan apa yang diterangkan isteri itu barulah dia rasa gembira.

Kesalahan suami terhadap isteri #5. Selalu sembunyikan perasaan

kesalahan suami terhadap istri, kesalahan suami, kesalahan lelaki, kesalahan lelaki terhadap wanita, kesilapan suami terhadap isteri, kesilapan suami terhadap istri, silap suami, salah suami, salah suami pada isteri
Ramai lelaki suka menyembunyikan perasaan mereka untuk tidak dilihat sebagai seorang yang lemah.
Mereka juga jarang berkongsi emosi dengan isteri dan lebih suka memendamnya seorang diri tanpa pengetahuan isteri. Ini yang boleh menimbulkan salah faham antara suami isteri.

Kesalahan suami terhadap isteri #6. Merasa diri terlalu berkuasa 

Apabila memegang gelaran ketua keluarga, maka bagi lelaki segala keputusan terletak di tangannya sendiri tanpa campur tangan isteri. Inilah kesilapan suami terhadap istri yang paling ketara hingga membuatkan isteri tersinggung dan berjauh hati.
Kesimpulannya cuba ubah mentaliti dan sikap negatif ini supaya hubungan yang baik bersama isteri dapat dipupuk sehingga ke akhir hayat.

5 Tanggungjawab Suami Dalam Islam

 Ehem, Suami Jangan Ambil Lewa Pula!

lead image

Meskipun isteri tidak kisah, tetapi suami jangan ambil kesempatan pula ya!

Sebaik saja akad nikah dilafazkan, seorang lelaki serta-merta telah menggalas tugas sebagai suami kepada wanita pilihannya. Tetapi sejauh mana anda tahu tentang tanggungjawab suami dalam Islam di dalam rumah tangga?
Walaupun pada zaman moden ini, ramai wanita yang turut sama bekerja untuk membantu keluarga, namun nafkah suami terhadap isteri tidak boleh dipandang lewa.
Jika seseorang isteri mampu untuk membiayai dirinya sendiri, suami tidak boleh sekali-kali menggunakan wang isteri tanpa keizinan si isteri.

Tanggungjawab Suami Dalam Islam: Apa Yang Perlu Disediakan Kepada Isteri?

Berikut merupakan tanggungjawab suami yang perlu dilunaskan kepada isteri:

Tanggungjawab Suami Dalam Islam #1 Menyediakan Rumah Yang Selesa

tanggungjawab suami dalam islam, tanggungjawab suami, nafkah suami kepada isteri, tanggungjawab suami kepada isteri, dosa suami kepada isteri, peranan suami, suami isteri, jenis nafkah, nafkah batin suami kepada isteri, keperluan untuk isteri, isteri bahagia,

Sebaiknya, suami sediakan rumah kepada isteri untuk menginap sebaik sahaja anda diijabkabulkan.
Rumah yang disediakan tidak perlu besar dan mewah, namun cukup sekadar selesa dan bersih untuk anda berdua mengikut kemampuan suami. 
[SURAH AT TALAQ AYAT 7]
لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
 
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya.
Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.”

Tanggungjawab Suami Dalam Islam #2 Menyediakan Makan dan Minum

tanggungjawab suami dalam islam, tanggungjawab suami, nafkah suami kepada isteri, tanggungjawab suami kepada isteri, dosa suami kepada isteri, peranan suami, suami isteri, jenis nafkah, nafkah batin suami kepada isteri, keperluan untuk isteri, isteri bahagia,

Menyediakan makan minum seorang isteri termasuklah menyediakan wang kepada isteri untuk berbelanja membeli bahan basahan di dapur.
Mungkin ada di kalangan suami yang leka apabila isteri menggunakan wang saku yang dibekalkan suami untuk membeli makanan, padahal sepatutnya suami memberi wang berasingan untuk tujuan itu.
Namun, tidak salah sekiranya isteri menggunakan wang sendiri asalkan dia redha, dengan niat tidak mahu membebankan suami.
 [SURAH AL BAQARAH AYAT 233]
“Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.”

Tanggungjawab Suami Dalam Islam #3 Menyediakan Pakaian dan Perhiasan

tanggungjawab suami dalam islam, nafkah suami kepada isteri, tanggungjawab suami kepada isteri, dosa suami kepada isteri, peranan suami, suami isteri, jenis nafkah, nafkah batin suami kepada isteri, keperluan untuk isteri, isteri bahagia,

Suami wajib menyediakan pakaian yang elok dan bersih kepada isterinya. Sebaiknya yang manis dipandang dan menutup aurat.
Isteri wajib mendapat 2 persalinan setahun, ini merangkumi pakaian dalam dan pakaian luar dari kepala ke kaki (kasut).
Wanita juga diketahui suka berhias, jadi suami seeloknya memberikan hadiah perhiasan untuk isteri selagi barang perhiasan tu tidak berlebih-lebih dan memenuhi syarak.
[SURAH AN-NISA AYAT 5]
وَ لَا تُؤۡتُوا السُّفَہَآءَ اَمۡوَالَکُمُ الَّتِیۡ جَعَلَ اللّٰہُ لَکُمۡ قِیٰمًا وَّ ارۡزُقُوۡہُمۡ فِیۡہَا وَ اکۡسُوۡہُمۡ وَ قُوۡلُوۡا لَہُمۡ قَوۡلًا مَّعۡرُوۡفًا
“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. 
Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik.”

Tanggungjawab Suami Dalam Islam #4 Perubatan

tanggungjawab suami, nafkah suami kepada isteri, tanggungjawab suami kepada isteri, dosa suami kepada isteri, peranan suami, suami isteri, jenis nafkah, nafkah batin suami kepada isteri, keperluan untuk isteri, isteri bahagia,

Sediakan duit untuk menampung perubatan isteri, sekiranya isteri ditimpa sakit secara tiba-tiba.
Kita tidak boleh menjangka sekiranya sesiapapun di dalam keluarga yang akan jatuh sakit jadi sebaiknya disediakan tabung kecemasan sepanjang masa.

Tanggungjawab Suami Dalam Islam #5 Menyediakan Pembantu

Perlulah suami ketahui yang isteri bukannya orang gaji yang dikahwini semata-mata untuk melunaskan kerja rumah semata-mata.
Isteri seharusnya dijaga sebaik mungkin dan tanggungjawab mengemaskan rumah hanyalah ehsan dari isteri buat suami.
Namun sekiranya isteri melakukan pekerjaan tersebut, isteri harus melakukan dengan ikhlas dan akan mendapat pahala. Buat para suami, sekiranya mampu, sediakan pembantu untuk isteri anda terutamanya semasa isteri dalam keadaan berpantang. 
[SURAH AN-NISA AYAT 19]
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا لاَ يَحِلًّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوْا النِّسَاءَ كَرْهًا وَلاَ تَعْضُلُوْهُنَّ لِتَذْهَبُوْا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوْهُنَّ إِلاَّ أَنْ يَأْتِيْنَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوْهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوْا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللهُ فِيْهِ خَيْرًا كَثِيْراً
Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kalian mempusakai wanita dengan jalan paksa. Janganlah kalian menghalangi mereka kawin dan menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kalian berikan kepada mereka, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Bergaullah kalian dengan mereka secara patut. Kemudian jika kalian tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kalian tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Beanahomequran

6 Bahasa Sayang Seorang Suami Yang Tak Disedari Isteri

Sama sahaja dengan wanita yang lebih suka menggunakan bahasa berlapik atau berkias bila nak menunjukkan betapa dia menyayangi seorang suami, lelaki pula lebih gemar menggunakan bahasa ‘badan’.
Apa bahasa badan itu? Berikut adalah sedikit perkongsian tentang antara bahasa ‘badan’ lelaki.

1. Makanan

Sebenarnya suami sangat suka dapat makan masakan isteri tapi, tidak diucapkan secara lisan.
Cara lelaki menunjukan yang mereka menghargai isteri mereka memasak untuk mereka, mereka akan makan tanpa banyak soal selepas itu akan tambah makan. 
Pada mereka ini sudah jelas menunjukan mereka suka sebab memang jaranglah hendak memuji secara lisan.
Suami suka masakan isteri (imej ehsan thedailymeal.com)
Suami sebenarnya suka masakan isteri (imej ehsan thedailymeal.com)

2. Kereta

Perempuan akan nampak lelaki macam terlampau sayangkan kereta mereka.
Sebenarnya mereka mempersiapkan kereta mereka untuk isteri tersayang juga.
Contohnya memastikan kereta bersih, minyak penuh serta memeriksa keadaan kereta dalam keadaan selamat. Nanti isteri tersayang hendak guna, tidaklah timbul macam-macam masalah.

3. Pakaian

Lelaki memang jarang sangat memuji pakaian si isteri. Bukan sebab mereka tidak hairan, tapi sebenarnya pada mereka, si isteri sentiasa cantik di mata asalkan kemas.
Lelaki kaum yang ringkas, mereka tidak pandai memuji yang lebih-lebih. Tapi sebenarnya sekali-sekala perlu juga ambil hati isteri.
Isteri sentiasa cantik di mata suami (imej ehsan etonline.com)
Isteri sentiasa cantik di mata suami (imej ehsan etonline.com)

4. Rumah

Bab mengemas rumah lelaki memang nampak macam jarang menolong. Tapi hakikatnya, jarang menolong depan mata sahaja, di belakang isteri mereka akan membantu juga.
Contohnya kerja rumah yang berat-berat terutamanya, seperti membaiki paip sinki atau membetulkan pintu yang berbunyi.
Lelaki membantu dengan cara mereka (imej ehsan thebestpickreports.com)
Lelaki membantu dengan cara mereka sendiri (imej ehsan thebestpickreports.com)

5. Hal tempat kerja

Kadang – kala lelaki bila balik kerja dia senyap sahaja.
Kemudian tiba-tiba bercakap tentang hal tempat kerjanya, ini kerana lelaki hanya bercerita kepada orang yang dia percaya
Dia percaya isterinya akan memahami kesukaran yang dialaminya di tempat kerja. Setialah mendengar kerana mereka sangat menghargainya.
Mereka akan mengadu pada orang tersayang (imej ehsan sirhealth.com)
Mereka akan mengadu pada orang tersayang (imej ehsan sirhealth.com)

6. Solat

Bahasa lelaki yang paling jelas menunjukan yang mereka sayang pada isteri ialah dengan solat.
Lelaki suka mengajak isteri mereka solat bersama kerana dengan menjadi imam kepada isteri, mereka menunjukan kasih sayang mereka.
Ini menunjukan yang mereka sentiasa ingin bersama isteri hingga ke syurga.
Sentiasa mengingatkan isteri (imej ehsan imgrum)
Sentiasa mengingatkan isteri (imej ehsan imgrum)
Apabila lelaki tidak menyatakan secara lisan, bukanlah bererti mereka tidak sayang.
Cuma mereka lebih mengamalkan ‘action speaks louder than words’, perbuatan lebih jelas dari perkataan.
Jadi mereka lebih menggunakan bahasa badan berbanding mengucapkan secara verbal kepada pasangan. Jadi para isteri, janganlah lekas merajuk jika suami lebih banyak berdiam.