Kegunaan Limau Kasturi
Penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk menghasilkan produk jem mangga campuran limau kasturi. Kaedah pembuatan jem mangga campuran limau kasturi ini melibatkan proses penyediaan puri mangga dan jus limau kasturi, pemasakan jem dan pembotolan jem. Sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan dengan menggunakan tiga aras peratus puri mangga yang berbeza iaitu 35%, 37% dan 39%, 4 aras peratus jus limau kasturi yang berbeza iaitu 3%, 6%, 9% dan 12%, dua aras peratus gula yang berbeza iaitu 45% dan 50% manakala perbezaan peratus air adalah mengikut keperluan 100%. Daripada 12 formulasi ini, sebanyak 4 formulasi yang terbaik hasil dari keputusan ujian pemeringkatan telah dipilih untuk menjalani ujian skala hedonik. Daripada ujian skala hedonik yang dijalankan mendapati sampel F10 adalah yang terbaik dengan formulasi 39% puri mangga, 6% jus limau kasturi, 0.5% pektin, 50% gula dan 4.5% air. Analisis proksimat yang dijalankan mendapati jem mangga campuran limau kasturi formulasi terbaik mempunyai kandungan 22.58% ± 0.20 air, 1.37% ± 0.36 protein, 0.42% ± 0.11 abu, 0.46% ± 0.05 gentian kasar, 0.51% ± 0.06 lemak, 74.56% ± 0.56 karbohidrat dan 14.96mg ± 0.81 asid askorbik. Analisis fiziko kimia dari segi nilai pH mendapati jem mangga campuran limau kasturi formulasi terbaik mencatatkan nilai pH 3.24 dan pepejal larut sebanyak 68°Briks. Daripada ujian mikrobiologi yang dijalankan mendapati jem mangga campuran limau kasturi formulasi terbaik bebas dari pertumbuhan yis dan kulat. Bardasarkan kepada kajian pengguna yang dijalankan, didapati seramai 69.5% panel pengguna menyukai jem mangga campuran limau kasturi formulasi terbaik ini.
Minuman Limau Kasturi Asam Boi
Ini adalah antara minuman atau jus favorite kami tiga beranak. First time Kjee minum dulu di Secret Recipe. Dia orang bubuh epal hijau dan limau kasturi. Mak oi masamnya boleh membunuh! Lepas tu Kjee tak berani nak order lagi. Kjee syak dia orang bukan guna jus limau kasturi yang diperah sendiri tetapi pati limau kasturi. Sebab itulah masam maut!
Kemudian Kjee pun belajarlah buat jus ni dari adik angkat Kjee, Huraizah Jaja masa arwah abah dia buka kantin kat Pulapol. Dan sejak itu, Jus Kasturi Asam boi ini menjadi menu tetap di gerai Dapur Kjee, Anjung Melawati dulu.
Jus limau asam boi ni memang sesuai minum di musim panas. Rasa segar sangat. Buatnya mudah. Boleh suruh anak2 buat sendiri. Unclepali blend terus asam boi dan limau kasturi. So ada rasa2 pahit2 sikit kulit limau kasturi. Sedap sangat.
Bahan2nya untuk satu gelas.
sebiji limau kasturi
dua biji asam boi
gula secukup rasa
air setengah gelas
ais
Bahan2 tadi kecuali gula dimasuk dalam blender yg bersih. Jgn baru lepas blend cili pastu buat air ni. Nanti hasilnya Jus Limau Kasturi perasa cili. Hehehe. Blend asam boi dan limau tu tanpa buang biji asam boi atau limau kasturi. Bila dah halus, tapiskan ke dalam gelas, bubuh gula atau air gula dan ais. Hmmm sedapnya. Limau tu blend sekali ngan kulit dia tau. Basuh bersih2 dan campakkan je ke dalam blender.

No comments:
Post a Comment