Monday, 24 September 2018

11 Resepi Air Detox Untuk Buang Toksin, Kurangkan Berat Badan

Resepi air detox
“Aahh stress!..stress…! Dah cuba macam-macam tapi susah betul nak slim badan ni!”
Pasti ramai yang hadapi masalah sukar kurangkan berat badan. Kalau turun pun, hanya beberapa kg sahaja tapi baru makan lebih, senang sahaja badan menambah kg.
Untuk kurangkan berat badan, pertama dan utama sekali anda perlu membuang toksin yang terkumpul dalam tubuh. Caranya, minum air kosong sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Ia mempercepatkan perkumuhan dan toksin bersama lemak akan keluar bersama perkumuhan ini. Bila toksin dan lemak berkurangan, badan bukan sahaja lebih sihat dan bertenaga, malah anda akan rasai perubahan yang ketara pada berat badan.
Tetapi 6 ke 8 gelas terasa macam banyak sangat, bukan? Dahlah tak semanis minuman berkarbonat, warnanya yang plain juga kurang memikat selera.
Untuk menambah ‘perisa’ pada air kosong, anda boleh tambahkan beberapa bahan semula jadi yang bukan sahaja membuatkan anda ingin menikmatinya, dalam masa yang sama membantu mengeluarkan toksin dalam badan dengan cara selamat. Air ini dipanggil air detox.

RESEPI AIR DETOX

Bagaimana cara buat air detox sendiri? Cuba ikut resepi di bawah:

1. GRAPEFRUIT + TIMUN + LEMON + LIMAU NIPIS + DAUN PUDINA

Campurkan  ½ biji hirisan grapefruit, timun, lemon dan limau nipis serta beberapa helai daun pudina dalam 1 jag air. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam dan minum dengan kerap.
Lemon dan limau nipis mengeluarkan toksin dalam badan dan grapefruit pula membakar lemak. Timun yang bersifat diuretik menggalakkan pengeluaran air berlebihan dalam badan dan daun pudina memudahkan perkumuhan.

2. KIWI + STRAWBERI

Resepi air detox
Gabungkan hirisan 2 buah kiwi bersama strawberi ke dalam jag minuman. Sejukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap menikmatinya.  Kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin manakala strawberi bagus untuk kulit.

3. EPAL MERAH / HIJAU + BATANG KAYU MANIS

Resepi air detox
Foto Kredit: harveyprince.com
Masukkan hirisan buah epal merah/hijau dan 1 batang kayu manis ke dalam jag air. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.  Anda boleh gunakan bahan ini sehingga 4 kali. Air detox ini membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme.
Anda boleh gantikan batang kayu manis kepada serbuk. Jika tidak suka kayu manis, boleh gantikan dengan halia.

4. STRAWBERI + TEMBIKAI

Resepi air detox
Air detox ini pasti memikat sesiapa sahaja dengan warnanya yang terang. Campurkan secawan strawberi bersama dua cawan kiub tembikai.
Sejukkan antara  4 hingga 6 jam dalam peti sejuk dan nikmatinya bila-bila masa. Segar, air detox ini anti-radang dan mencantikkan kulit.

5. CUKA EPAL + LEMON + KAYU MANIS

Cara buat air detox
Foto Kredit: sheknows.com
Cuka epal memang banyak khasiatnya.  Tambahkan 2 sudu cuka epal pada pengisar  yang sudah diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 sudu serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus. Masukkan dalam jag air dan letakkan hirisan epal. Gaul hingga sebati. Epal yang kaya dengan serat memudahkan perkumuhan dan kayu manis mengawal selera  makan.

6. GEL ALOE + LEMON

Jika di rumah anda ada menyimpan gel aloe, anda boleh campurkannya dalam segelas air dan masukkannya dalam pengisar. Tuang 2 sudu jus lemon dan kisar selama 1 minit. Aloe membantu memudahkan penghadaman dalam perut, meningkatkan tenaga dan menghilangkan rasa letih.

7. HALIA + LEMON

Cara buat air detox
Foto Kredit: amorettiblog.com
Halia adalah penawar bagi semua penyakit. Apabila dicampurkan ke dalam air, ia menjadi penyahtoksikan yang terbaik. Masukkan jus lemon dan hirisan ½ inci halia ke dalam air.
Amalkan minum air detox ini setiap pagi. Ia membantu merawat segala kesakitan tubuh badan dan dalam masa yang sama, mengeluarkan toksin yang berkumpul.

8. LEMON + LIMAU NIPIS, OREN + TIMUN + HALI + DAUN PUDINA

Bagi yang sering kembung perut, boleh amalkan minum air detox yang dihasilkan dengan hirisan ½  biji lemon, ½ biji limau nipis dan ½ biji oren, secawan timun, 1 sudu hirisan halia dan segenggam daun pudina. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam. Ia juga membersihkan buah pinggang. Buang air detox sekiranya sudah melebihi 24 jam.

9. STRAWBERI + NANAS + CUKA EPAL + DAUN BASIL

Cara buat air detox
Foto Kredit: wishesndishes.com
Tahukah anda stress juga berpunca akibat toksin? Jika anda stress, elak minuman berkarbonat dan amalkan minum air yang sudah dicampurkan lima biji strawberi, ½ cawan potongan nanas, 2 sudu cuka epal sider, 4-5 helai daun basil dan kiub ais.
Gaul hingga sebati dan minum. Rasa masam dan manis air detox ini mampu mengurangkan rasa stress.

10. TEMBIKAI

Resepi air detox
Foto Kredit: colornspirits.com
Tembikai memang sedap dimakan dalam cuaca panas. Jika ada lebihan, jangan disimpan dalam peti sejuk. Potong kecil-kecil dan masukkannya dalam jag air. Sejukkan beberapa jam dan minum apabila perlu. Tembikai mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membuang toksin dalam badan.

11. LEMON

Resepi air detox
Foto Kredit: trueserenity.ca
Andai kesemua air detox di atas terasa sukar dilakukan kerana kesuntukan masa menyediakannya, paling-paling tidak, perah setengah biji lemon dalam air dan minum setiap pagi.
Apabila anda konsisten mengamalkannya, pembuangan toksin juga akan kerap berlaku sehingga sukar berkumpul dalam badan. Secara tidak langsung, organ dalaman bebas toksin dan tubuh badan menjadi lebih sihat.
[infobox title=’Tips’]
  • Masukkan air terlebih dahulu dalam jag, diikuti dengan bahan yang ingin digunakan. Gabungan bahan akan cepat sebati.
  • Apabila disejukkan dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama, rasanya lebih sedap dan tanpa sedar anda telah pun menghabiskan satu jag!
[/infobox]
Foto Kredit: ifocushealth.com asdfasdf
Foto Kredit: ifocushealth.com
Tidak semestinya anda perlu mengguna gabungan bahan yang telah disenaraikan di atas. Pilihlah mengikut cita rasa dan kesesuaian diet serta bajet anda.  Yang penting amalkannya berterusan bersama senaman yang betul dan in shaa Allah, bukan anda sahaja merasai perubahan malah orang sekeliling akan memuji betapa langsingnya badan anda.
Pastinya, air detox ini tidak mengandungi kalori apatah lagi menggemukkan. Jadi, ucapkan Selamat Tinggal pada air berkarbonat!

Sunday, 23 September 2018

CAMPURAN BUAH-BUAHAN RUPANYA BOLEH KEMPISKAN PERUT BUNCIT ANDA DENGAN PANTAS! ADA 8 RESEPI JUS DETOX BERBEZA


Bila tengok perut masing-masing, 1 perkara merungsingkan ialah perut buncit! Ada perut buncit, maka ada juga perut berlipat. Betul kan? Runsing, resah, gelisah besoknya terkocoh-kocoh sibuk nak jogging awal pagi, awal petang. Tapi bila tiba waktunya, mula terlajak tidurlah, sibuk kerja lah, dsb. Tapi ramai yang tidak perasan bahawa minuman detox boleh kempiskan perut buncit dengan pantas. Ada yang mula memberi perhatian, tapi kadang tu bosan dengan resepi sama air detox harian anda.
Source
Kebiasaannya yang kami lihat, antara bahan yang digunakan untuk detox seperti timun, halia, mint, lemon, dsb. Sebenarnya banyak resepi berbeza yang kami akan kongsikan bersama anda di sini. Campuran buah-buahan ini bukan sahaja boleh kempiskan perut buncit anda dengan pantas, malah boleh dijadikan minuman wajib harian sebab best!

#1
#2

Baca Bagaimana Hilang 3 Kilo Dalam Masa Seminggu Dengan Jus Detox
 
#3
Jika anda ingin rancang resepi jus detox 5 hari seminggu, boleh terus baca Sistem 5 Hari Detox

#4

Jus detox = air masak + buah-buahan dan diperam 4 hingga 5 jam sebelum diminum

#5 1 cawan jus kranberi + 1 cawan jus delima + 1/2 cawan jus oren + 7 cawan air (tambah rempah kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)

Baca Juga Jika Anda Cuba Kempiskan Perut Dengan Jus Detox Lemon, Ada 9 Sebab Lain Kenapa Anda Perlukannya
#6  4 Hirisan lemon +  1 1/2 cawan daun selasih (gosok dengan dua tapak tangan bagi padat) + 6 ke 8 cawan air , peram selama 4 jam
Alternatif terbaru untuk menghilangkan “fobia” minum air masak bergelen setiap hari. Mesti terkulat-kulat nak menghabiskan sebab bosan. Hehe
#7  2 liter air + 2 hirisan lemon + 2 sudu besar daun selasih + 1/4 timun dihiris
Lemon akan membuang toxin dari badan, mint dan halia  lebih kepada penghadaman
#8 2 biji Lemon dihiris + 1/4 timun dihiris + 1/2 cawan raspberri + 3 keping daun mint. Peram 2 jam
Selain fungsi kempiskan perut dengan pantas, jus detox juga berperanan untuk pembakaran lemak, pencernaan, migrain, kawal selera makan, imunisasi, pedih ulu hati, dsb dan fungsi berbeza mengikut jenis ramuan yang anda gunakan.

10 Cara Semula Jadi Kempiskan Perut Buncit

Tahukah anda masalah untuk mengempiskan perut buncit merupakan pengalaman yang sangat menakutkan bagi lelaki ataupun wanita. Banyak lelaki dan wanita mengalami masalah perut buncit pada usia dewasa sehingga penampilan mereka kurang menarik daripada sebelumnya. Perut buncit menyebabkan seseorang menjadi kurang yakin dengan penampilannya.

Penyebab Perut Buncit

Beberapa penyebab perut buncit yang harus diketahui antara lain adalah terlalu banyak memakan junk food, tabiat sesudah makan langsung tidur, yang terakhir adalah malas bersenam.
Apakah anda mempunyai kebiasaan seperti di atas? Jika memang ya, cubalah berubah mulai dari sekarang.

Cara Mengempiskan Perut Buncit

Ada beberapa cara semula jadi agar perut anda kembali kempis seperti dahulu. Tetapi melakukan cara itu tidak mudah. Anda perlu berusaha keras dan lakukan setiap hari, agar perut anda kembali kempis.

1 Minum banyak air kosong

Dengan banyak minum air kosong tentunya metabolisme dalam tubuh anda akan berjalan lancar. Perlu anda ketahui perut buncit merupakan timbunan lemak pada bahagian perut. Dengan meminum air kosong akan membantu mengeluarkan 'sampah dalam badan' secara semula jadi. Oleh sebab itu minum banyak air putih sangat digalakkan untuk mengempiskan perut secara semula jadi.

2 Atur pola makan

Salah mengatur pola makan akan menyebabkan perut menjadi buncit. Oleh sebab itu anda digalakkan untuk mengatur pola makan yang sihat. Perlu anda ketahui mengatur pola makan tak harus menunggu perut terasa lapar. Kerana yang penting bukanlah banyak makanan yang diambil, tetapi nutrisi yang terdapat dalam makanan itu sesuai yang diperlukan oleh tubuh kita.

3 Niat yang kuat

Niat yang kuat sangat mempengaruhi keberhasilan anda untuk mendapatkan perut kembali kempis. Mulakan usaha anda untuk mengempiskan perut secara semula jadi dengan niat yang sangat kuat. Perhatikan jenis makanan yang harus dihindari dan mana yang harus diambil. Disiplin anda sangat mempengaruhi keberhasilan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

4 Hindari makanan tertentu

Ada beberapa makanan yang membuat perut anda menjadi buncit. Beberapa jenis makanan yang harus dihindari agar mendapatkan perut yang kempis antara lain adalah alkohol, soda, kafein, dan junk food. Makanan tersebut merupakan salah satu penyebab utama perut buncit. Cara semula jadi untuk mengempiskan perut adalah menghindari makanan yang menyebabkn perut buncit.

5 Ambil jamu

Jamu merupakan minuman tradisional yang diperbuat daripada rempah rempah. Jamu sangat bermanfaat bagi tubuh karena jamu merupakan salah satu ramuan herba. Ada beberapa jenis jamu yang bermanfaat untuk mengecilkan perut secara semula jadi antaranya jamu kunyit. Minuman kunyit ini sangat baik untuk perut anda.

6 Hindari tidur selepas makan

Tidur setelah makan tidak digalakkan untuk mendapatkan perut yang kempis. Hal ini kerana tidur membuatkan sistem pencernaan kita berhenti atau ikut berehat sama. Tidur selepas makan akan membuat makanan yang anda ambil tidak dapat dicerna dengan baik sehingga akan menimbulkan lemak yang menyebabkan perut buncit.

7 Ambil makanan berserat

Mengambil makanan berserat sangat digalakkan untuk membantu mengecilkan perut secara semula jadi. Caranya dengan memilih makanan daripada buah-buahan dan sayur segar, kerana makanan tersebut mengandungi banyak serat yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan berserat akan menjaga perut tetap berasa kenyang dan tentunya pencernaan dalaman lancar.
Makanan yang diambil ketika diet.
  • Kekacang untuk diet anda antara lain almond, kacang soya dan walnut.
  • Makanan yang mengandungi protein antara lain susu, yogurt, telur.
  • Makanan yang mengandungi karbohidrat dapat membantu perut anda kenyang dan berfungsi membantu pencernaan.
  • Pengambilan sayuran seperti bayam, brokoli, dan lain-lain.
  • Pengambilan buah-buhan seperti epal, lemon, beri, dan lain-lain.

8 Ubah gaya hidup

Ubah gaya hidup anda, kerana perut yang buncit berpunca daripada amalan kurang sihat anda. Ubahlah gaya hidup anda kembali kepada gaya hidup sihat agar perut anda kembali kempis.

9 Bersenam

Cara berkesan untuk mengempiskan perut secara secara semula jadi ialah bersenanm. Ada beberapa senaman yang sesuai untuk mengempiskan perut buncit. Antara lain cuba senaman iaitu:
  • Lari
    Lakukan senaman lari kerana ia tidak memerlukan peralatan khusus. Lakukan senaman ini secara rutin kerana ia merupakan cara semula jadi memperkecilkan perut.
  • Sit up
    Sit up merupakan senaman yang melatih otot perut. Senaman ini boleh dilakukan sendiri di rumah pada waktu pagi atau malam. Lakukan sit up secara rutin supaya perut anda kembali kempis.
  • Berbasikal
    Pastinya semua orang suka berbasikal untuk mengisi aktiviti waktu petang. Berbasikal merupakan salah satu cara semula jadi untuk mengecilkan perut. Dengan berbasikal otot perut bahagian bawah akan bertindak balas sehingga mempercepat perut anda kembali kempis.

10 Aerobik

Senam aerobik merupakan salah satu cara yang tepat untuk mengecilkan perut secara semula jadi. Dengan senamrobik tentunya akan membakar lemak pada tubuh. Lakukan senamrobik seminggu dua kali.

Diet Lemon Mampu Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Seminggu


Malisa Aina
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Diet Lemon Mampu Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Seminggu
Diet limau atau disebut juga diet detoksifikasi, selain boleh membuat langsing, menghilangkan perut buncit, juga boleh membersihkan tubuh dari racun yang mengganggu sistem pencernaan.
Jika anda mengambil makanan semula jadi yang akan membantu proses detoksifikasi, ditambah dengan meminum air yang cukup dalam satu hari, maka tubuh dengan mudah menghilangkan racun yang berbahaya. Ketika mengamalkan rutin diet lemon, anda tidak boleh meminum teh, kopi dan minuman beralkohol.
Foto - www.playbuzz.com
Foto – www.playbuzz.com
Cara Membuat Lemonade
Bahan diperlukan :-
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 300 ml air masak
  • 2 sudu teh sirap maple organik atau sirap kayu manis
  • secubit lada cayenne ( serbuk lada merah )
Cara membuat :-
  • Campur semua bahan ke dalam gelas. Jadilah segelas lemonade.
Jadual diet lemon semalam seminggu :-
Isnin
Bermula dengan hari Isnin, di sini anda perlu minum banyak lemonade. Untuk permulaan, minumlah air limau hangat apabila anda bangun tidur. Hal ini berfungsi agar buang air besar anda lancar dan menghilangkan racun dalam tubuh. Dalam sehari, anda perlu memberi tumpuan untuk meminum air putih yang cukup sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Cuba untuk minum, di luar waktu makan anda untuk menekan nafsu makan.
Selasa
Target hari Selasa adalah membakar lemak. Makanlah vitamin C, yang cukup untuk menghilangkan lemak. Minum segelas air limau hangat apabila bangun tidur. Makanlah lima hidangan buah dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C dalam sehari. Untuk melengkapkan menu anda, makanlah bijirin dengan buah segar atau buah kering, saat anda lapar.
Rabu
Target hari Rabu adalah mengawal kadar gula darah anda kerana ini adalah salah satu cara untuk menurunkan berat badan. Jika gula darah tinggi, badan anda akan menyimpannya menjadi lemak. Tambah 1 sudu makan air limau nipis pada masakan anda. Air limau nipis dan limau dapat membantu memecah gula darah dalam aliran darah anda. Pengambilan makanan yang rendak glisemik indeksnya dan sayur-sayuran kaya serat.
Khamis
Target hari ini adalah pengambilan makanan rendah gula dan perbanyak karbohidrat sihat yang rendah glisemik indeks. Karbohidrat yang rendah kadar GInya adalah roti gandum atau biskut bijirin. Elakkan juga buah yang tinggi kadar gulanya. Ganti gula dengan madu yang lebih sihat.
Jumaat
Di hari Jumaat, pengambilan lemak baik bermanfaat untuk kesihatan. Kacang, bijirin, minyak ikan dan minyak walnut serta minyak zaitun sangat baik untuk kesihatan dan membantu melangsingkan badan. Kurangkan pengambilan lemak yang kurang sihat yang terdapat dalam produk susu, mentega dan daging. Gantilah dengan almond, walnut, bunga matahari, labu dan biji rami.
Sabtu
Target hari Sabtu adalah makan makanan semulajadi yang menyihatkan. Pengambilan bijirin dan makanan dari bijirin, yang kaya serat, vitamin dan mineral. Gandum tidak mengandungi gula yang menghalang pencernaan dan tidak akan membebankan kerja hati untuk membakar lemak. Untuk makan tengah hari, anda boleh makan roti gandum atau bijirin. Gunakan bahan-bahan organik dalam menu masakan diet anda.
Ahad
Target untuk hari minggu adalah memperbaiki sistem pencernaan anda. Pencernaan yang baik, akan melancarkan metabolisme tubuh dan membuat anda mudah menurunkan berat badan. Pertama, kunyah makanan anda dengan baik, kemudian makan secukupnya pada waktu yang teratur dan jangan makan di depan televisyen, kerana akan membuat makan anda tidak terkawal. Pastikan anda melakukan sukan yang teratur dan banyak bergerak agar pencernaan anda lebih sihat.

13 Makanan Ini Bantu Bakar Lemak di Perut

Kembali Langsing usai Lebaran Berkat Jus Buah

Tidak ada makanan ajaib atau keajaiban. Namun, ada makanan yang mempercepat metabolisme Anda dan membantu membakar lemak perut.
Anda tidak perlu beralih ke diet ekstrem agar tetap bugar. Karena makanan berikut ini akan membantu membakar lemak perut Anda. 

1. Minyak zaitun
Minyak zaitun adalah sejenis lemak sehat yang sangat cocok untuk menyingkirkan lemak jahat. Selain itu juga membantu mengendalikan kortisol, yang dikenal sebagai hormon stres dan juga menyebabkan kenaikan berat badan.
Konsumsilah minyak zaitun secara teratur, sebaiknya tanpa memasaknya. Anda bisa makan satu sendok makan setiap hari saat sarapan. Anda juga bisa menambahkannya ke salad, roti, atau sup Anda.
2. Apple
Apple kaya akan vitamin dan antioksidan. Dengan demikian, apel membantu membakar lemakperut Anda. Caranya adalah makan minimal satu per hari. Sedangkan saat terbaik dalam memakannya yaitu, ketika sarapan pagi. Ini karena pengaruhnya akan jauh lebih besar.



Makanan Pembakar Lemak

3. Ikan berminyak
Ikan berminyak kaya akan asam lemak omega 3, yaitu zat yang menghilangkan kelebihan lipid. Hal ini juga menghilangkan penimbunan lemak di tubuh Anda.
Jika Anda tidak tahu ikan macam apa yang berminyak, berikut rinciannya: ikan salmon, ikan kembung, ikan haring, tuna, sarden, ikan teri, ikan todak.
4. Pisang
Pisang kaya potassium. Mereka juga memiliki sejumlah besar kalsium dan magnesium dan vitamin. Jika Anda makan buah ini setiap hari, Anda akan melihat berapa banyak lemak tubuh yang bisa Anda hilangkan.
5. Jeruk
Buah jeruk kaya akan vitamin C. Mereka juga membantu mengolah lemak jauh lebih cepat. Anda bisa meminumnya dengan dijus, air perasannya atau hanya memakan buahnya.


Makanan Pembakar Lemak (2)

6. Seafood
Makanan laut kaya akan lemak tak jenuh tunggal. Itulah mengapa seafood menjadi makanan lain yang membantu Anda mencegah akumulasi lemak. Selain itu, sebagian besar seafood ini mengandung bahan yang kaya akan omega 3.
7. Melon dan semangka
Melon dan semangka memiliki beberapa kesamaan. Pertama, mereka adalah makanan yang bisa Anda temukan selama musim panas. Selain itu, kedua buah kaya akan air dan potassium. Hal ini mencegah perut kembung.
8. Kastanya dan kacang almond
Kastanye dan kacang almond adalah dua jenis kacang yang kaya akan asam lemak Omega 3. Untuk kacang almond, mereka membantu mengendalikan gula Anda dan meningkatkan metabolisme Anda. Juga, mereka kaya akan protein.
9. Alpukat
Alpukat tidak hanya memiliki kekayaan rasa, tapi juga kaya akan asam oleat. Fungsinya, membantu Anda menyingkirkan rasa lapar. Ini adalah makanan dengan serat dan lemak monosaturated dalam jumlah tinggi.


Makanan Pembakar Lemak (3)

10. Quinoa
Quinoa adalah makanan yang sempurna karena memiliki serat dalam jumlah besar dan sedikit kalori. Ini adalah ramuan yang menenangkan rasa lapar Anda. Pada saat yang sama, itu mempercepat metabolisme Anda. Hal ini menyebabkan pembakaran lemak.
Quinoa adalah makanan yang kaya akan protein, antioksidan, dan nutrisi lainnya seperti zat besi, seng, selenium, dan vitamin E. Anda bisa memakannya sebagai pengganti nasi.
11. Tomat
Tomat sangat baik untuk mengurangi penumpukan lemak dalam darah Anda. Ini karena mereka adalah makanan pemurni. Juga, mereka memberi Anda likopen, antioksidan yang kuat. Ada baiknya jika Anda mengkonsumsinya setiap hari.
12. Kopi
Kopi adalah minuman yang kaya akan asam chlorogenic. Asam ini bekerja untuk mengurangi penyerapan gula di saluran pencernaan Anda.
Ini adalah bahan yang sempurna untuk membakar penumpukan lemak, juga mempercepat metabolisme hati Anda. Kesimpulannya, kopi membantu membakar lebih banyak lemak.
13. Buah merah
Buah merah memiliki antosianin. Hal ini mampu mengurangi pencernaan lemak dan gula. Buah yang termasuk dalam kategori buah merah adalah sebagai berikut; ceri, stroberi, raspberi, blackberry, serta blueberry.