Apa itu penyakit Hipotiroidisme (Hypothyroidism)?
Hipotiroidisme ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif. Tanpa hormon tiroid yang cukup, banyak fungsi tubuh menjadi perlahan. Ia juga dikenali sebagai penyakit kelenjar tiroid.
Bagaimana Hipotiroidisme terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma)?
Metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kita makan dan minum untuk menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun untuk berehat.
Kita kenali dulu tiroid secara biologinya.
Merupakan satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3).
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa bagi menampung keperluan badan memerlukan T3.
Kekurangan rembesan hormon T4 dan T3 (hipotiroidisme) akan mengurangkan/melemahkan proses metabolisma dan sekaligus akan memberi kesan yang besar kepada badan dari segi fizikal dan emosi.
Apakah yang menyebabkan hipotiroidisme?
Hipotiroidisme mempunyai beberapa penyebab termasuklah:
i. Penyakit Hashimoto
ii. Tiroiditis, atau keradangan kelenjar tiroid
iii. Hipotiroidisme kongenital, atau hipotiroidisme yang hadir sejak lahir
iv. Pembedahan pelantikan sebahagian atau seluruh kelenjar tiroid
v. Radiasi rawatan tiroid
vi. Kesan beberapa ubat
Hipotiroidisme disebabkan oleh yodium terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam diet atau dengan kelainan kelenjar hipofisis. Tidak semestinya semua garam mengandungi yodium ye.
Pesakit Hipotiroidisme memang akan lemah dan tidak bertenaga
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipotiroidisme:
1. Badan terasa lemah dan kerap mengantuk
2. Daya ingatan menurun atau kurang
3. Hilang deria rasa dan bau
4. Kadar pengepaman jantung perlahan
5. Kulit jadi kuning – lesu, pucat
6. Kulit kering
7. Masalah kesuburan untuk mendapatkan anak
8. Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
9. Otot jadi kejang dan bengkak
10. Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)
11. Pendarahan haid banyak (heavy period)
12. Percakapan lambat
13. Pertambahan berat badan
14. Rendah nafsu seks
15. Sakit kepala
16. Sembelit
17. Suara menjadi serak
18. Jadi tidak tahan sejuk
TAHUKAH ANDA???Seseorang yang kurang makan makanan laut, seperti ikan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi gejala Hipotiroidisme!
Peringatan kepada perokok. Haba asap, dan bahan-bahan kimia lain di dalam rokok akan sedikit sebanyak menggangu proses yang terjadi di tiroid.
Hipotiroidisme paling kerap menyerang wanita semasa hamil ataupun selepas hamil.




